Crystal Palace
Crystal Palace

Crystal Palace

Crystal Palace ("Istana Kristal" dalam bahasa Inggeris) ialah bangunan besi tuang dan gelas yang terdahulunya didirikan di Taman Hyde, London, England, untuk merumahkan Pameran Besar 1851. Lebih daripada 14,000 pemamer dari seluruh dunia berkumpul di ruang pameran 990,000 kaki persegi (92,000 m2) istana ini untuk menunjuk cara contoh-contoh teknologi terbaru yang dibangunkan sewaktu Revolusi Perindustrian. Direkabentuk oleh Joseph Paxton, bangunan Pameran Besar adalah 1,851 kaki (564 m) panjang, dengan ketinggian bahagian dalam 108 kaki (33 m).[1]Selepas pameran, bangunan ini telah dipindahkan ke sebuah taman yang baru dalam kawasan atas, sihat dan berpengaruh London yang dipanggil Bukit Sydenham, sebuah kawasan yang tidak banyak berubah hari ini dari subbandar berduit penuh dengan vila besar yang wujud sewaktu puncaknya di zaman Victoria. Crystal Palace telah dibesarkan dan berdiri di kawasan tersebut dari 1854 hingga ke 1936, apabila ia telah dimusnahkan oleh kebakaran. Ia menarik perhatian beribu-ribu pelawat dari semua darjat masyarakat. Nama Crystal Palace (majalah satira Punch biasanya mendapat penghargaan untuk penciptaan frasa itu)[2] telah kemudian digunakan untuk menandakan kawasan selatan London ini dan taman yang mengelilingi tapak itu, rumah kepada Pusat Sukan Kebangsaan Crystal Palace.

Rujukan

WikiPedia: Crystal Palace http://londonfirejournal.blogspot.com/2005/07/crys... http://everything2.com/index.pl?node=Crystal%20Pal... http://www.ge35.dial.pipex.com/sirjosephpaxton1.ht... http://www.wardsbookofdays.com/1december.htm http://www.ric.edu/rpotter/cryspal.html http://darkwing.uoregon.edu/~struct/resources/case... http://www.iath.virginia.edu/london/model/ http://en.citizendium.org/wiki/Crystal_Palace http://www.victorianlondon.org/buildings/crystalpa... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=C...